Wednesday, April 15, 2009

kalau lahir zaman 1980-an

setelah abis final semester exam baru ada mase nak post... dah besar panjang nih teringat plak zaman kanak2 dlu.. mmg manis.. takde tekanan, tak payah belajar rajin2 sampai tak tdo mlm, takde gak nak merantau sane sini.. (mentang2 dah ada kenderaan sendiri)

...MESTI KORANG INGAT NI.. untuk yg lahir zaman 80-an..

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.. hehehe...

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi (nurse) kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt....program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 (ingat kotak warna coklat depan gambar katun.pastu time tuh minum susu. sekotak 30 sen jer... sape nak beli kena isi form.. hehe)

cikgu2 plak kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. (Kalau time tu sape2 yg tak hafal spelling siap... Pukul tapak tangan... kan? pastu kena jentik telinga dengan rubber tak pon cubit pulas kat perut..)

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jer kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....

internet? email? handphone? Menda alah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr zaman sekolah dulu..

Tiket wayang pun 5 inggit je. (ha masa tu kat tempat penulis tu ada wayang citer ninja turtles. siap merengek ngan mak nak tgk gak cite tuh..) pastu mintak nak duduk depan skali dlm wayang.. bile blk umah sakit leher sbb dkt sangat dengan skrin..

lepas tuh kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, (Masa time ni tak pernah terfikir halal haram..pun). Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Jutawan la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. penulis pon pernah bawak mainan pd hari las skolah. mase nih je hari yg leh bawak mainan.. zaman skrg, diorang (budak sekolah) bawak handphone...

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan (Haaa... masa ni penulis kat kuantan ada satu pakcik jual gula ketuk naik basikal tua lagi tuu ..hmmm..mavelous. lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal (aku tak pernah dapat. kena beratur panjang pastu sebelum amik makanan cikgu bagi kupon). lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa, main pemadam getah mcm main bola kat tepi kaki lima....

kalau blk kampung main tembak2 guna buluh. taruk buah gatal tembak kawan2.. main lestik burung, buah. best yang amat. permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang (juara galah panjang /rounders/paling seronok masa aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main bebudak zaman skrg walhal adik sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Wednesday, February 25, 2009

Di mana tahap bahasa melayu anda?

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir."Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya.Lalu sekali lagi dia bertanya.."Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalanPasir?"Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini JalanPasir?"Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi.."Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?""Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu..."Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"tanya Pelancong lagi..Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Tuesday, February 24, 2009

A first for me

Well, finally i have set up a blog. Dah lame register tp malas nak post. hehe. Dengan keadaan rakan2 aku berlumba-lumba hendak buat blog masing2, aku masih nak bertatih. takpela.. sekurang2nya ada permulaan. dan bila ada permulaan, adalah progress.. insyaallah..